Followers

Sunday, March 6, 2016

Teman Baru


Setelah sekian lama asyik fikir;
 samada nak angkat ke tidak....nak ke tidak...nak ke tidak..

akhirnya aku dah pun decided untuk angkat sahaja
apa yang aku maksudkan? nak angkat apa?
kalau itu soalan yang korang mungkin tanya? (ataupun tidak)


well, hari ni aku beli drawing tablet!!!



Berdarah jugak lah rasa dompet aku bila nak bayar benda alah ni. nak nangis pun ada.
tapi takpelah, aku pikir ini investment untuk improvement aku juge
maka balik dari kedai..hantar adik balik kolej..makan malam dengan famili tercinta...
sampai rumah terus belari ke bilik nak test gadjet baru

mula2 terpingga-pingga jugak nak figure out macam mana nak guna benda nie
mula ada lah masalah dengan stroke pen...bila cuba melukis stroke yang terhasil macam tak ada pressure yang biasa kita buat kalau melukis atas kertas
dekat sejam jugak lah cuba semua benda

lepas few tries dan juga atas khidmat nasihat sorang blogger extraordinaire (thank you) 
dapat jugak lah melukis guna tablet ni

kerja masih agak janggal dan SANGAT-SANGAT tak kemas!

takpe "practice makes perfect" kan mat salleh ckp

so kat bawah nie boleh lah korg tgk few attempts aku mengunakan tablet
ada lagi sikit cubaan tapi yang tu masyAllah...buruk yang amat.
jadi taknak tunjuk (dah delete dah pun)



14 comments:

  1. Tahniah Fiy!! Eh lawa la ni first try.. Nak-nak artwork first tu.. Pro!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih day. Terharu sgt dgr org ckp mcm tu.

    Tp part buat art line tak pandai lg nak kena berguru rasanya. Sbb tgn nie dah biasa kalau buat artline stroke dua tiga kali utk satu line. Haha

    ReplyDelete
  3. Tahniah dpt member baru. Aku ni entah sampai bila nak pkai mouse T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai mouse lah payah. Tried it before. Penat and time consuming for me. Sbb tu selalu lukis atas kertas jer.

      Maksudnya kalau zyra dah ada tablet nnt mesti lg power

      Delete
  4. Ni bukan nak kipas atas dasar baik hati atau nama bapak sama tapi memang siyes ok first try tu. stroke nanti berubah-ubah. nak-nak bila pakai software berbeza. Rasanya sebab basic Fiy kuat, bila migrate ke digital tak nampak kekok sangat.

    Psst.. sekarang intuos hge berapa? tido pun peluk tablet la seminggu ni. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intuos basic is intuous draw. Itu range dlm 380 on market. Tp itu tanpa multi touch feature.

      Mine is intuous draw (small size) . Mahal sikit. 500 but with multi touch feature.

      Delete
    2. hm, RM500. galaxy tab A RM1,2++. tp galaxy tab boleh lukis di mana2. hm dilemanya.

      *sambung pakai mouse.

      Delete
    3. Zyra.. Wacom cuma one of the many brand yg ada. Ada je jenama lain. Ben ckp dia pakai jenama Genius. Itu much more affordable

      Delete
    4. Huhuhu.. aku tak guna pun touch function pada tablet sebab rasa mengganggu. Hahaha... kengkadang tengah sedap melukis, rasa pelik bila tetiba function pen tertukar jadi eraser. Dok fikir lama, baru tahu aku teraktifkan touch function. Wkwkwkw

      Delete
    5. Aku pun ada sedikit kekok guna touch function bro. Bila nak zoom automatik capai mouse. Hahaha

      Delete
  5. Aduh! Seorang lagi sudah merantau ke lembah tablet.
    Aku je yang masih di takuk lukisan yang lama: lukis-scan-edit.

    Tengok laa nanti, aku pun berhijrah.
    Tapi entah bila tu tak tahu lagi.

    (psst, berapa?)

    ReplyDelete
  6. Kaedah lama is still golden cero. Old rustic but timeless. Haha

    Beli intuous draw cero kalau nak. Murah sikit. Dalam 300++. Multi touch function kt tablet aku tu tambahan jer. Xde pun xper rasanya.

    Ben osman punya jenama Genius. Katanya much cheaper. Walaupun cheap tp tgk lah kerja minah tu. Lawa jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah beli yang Genius, tapi sebab jarang pakai, bateri dekat stylus cair dan rosakkan litar dia. Melayang jugak laa duit walaupun murah sikit. Hahaha

      Delete
    2. Kalau wacom punya stylus tak perlu battery. So that kinda handy

      Delete

Leave your comments here